27 April 2011

segmen AKU mengenali blogger/kawan .. :)

Assalamualaikum..

ehem ehem.. dah lama aku tak join mana mana segmen, haa kali ni aku nak join segmen dari afifah.. em, tak tahu lah kenapa aku rasa nak join, mungkin sebab aku rasa segmen ni lebih kurang macam bagi kita punya biodata pasal berblogging ni.. :)




oke, ni haa, aku dah jawab soalan cepu cemas beliau..



1. Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog

-->nama penuh aku, Azri Fathurrahman bin Ahmad Juahir
-->19 tahun
-->sekarang ni aku graduan dari kolej matrikulasi
-->url blog aku: http://azrifathurrahman.blogspot.com .. nama blog aku: AzriFathurrahman™ :)



2. Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?

-->sebenarnya, aku daftar blog ni sejak Julai 2010, tapi first entry aku pada 29hb Disember 2010, haha gila lama baru aku start berblogging.. :P
-->sebab aku join dunia blog ni ialah pengaruh rakan sebaya, trend remaja masa kini, *ceh, dah macam ayat dalam skema jawapan* hehe.. blogging ni lah hobi aku selain aku layan fb and twitter. :)



3. Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?

-->aku selalu update blog kebanyakannya pasal aktiviti aku sehari hari, lagi ada juga lah pasal isu semasa yang sedang hangat hangit, then aku join contest join segmen *macam segmen ni lah* :P



4. Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.

-->group blogger ye, aku join Kaki Blogger, Sahabat Blogger, Diari Sahabat Blogger, Blogger Malaya. tapi aku paling suka lepak kat Kaki Blogger sebab ramai ahli nya lebih kurang sebaya aku je.
-->fan page blog? haihh, ni yang segan ni, haha.. :D aku ada fan page kat fb, ni haa AzriFathurrahman_blogspot.com, tu haa ada kat right sidebar blog ni, sila lah sila lah klik like kalau like. haha.. :P sebenarnya bagi aku tu bukan lah fan page pun sebab siapa lah aku ni yang nak ada fan.. T.T tu page untuk blog aku je, senang aku nak kongsi kan apa yang dah aku update kat blog ni ke fb pula. :)



5. Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang.. cth mcm lagu dgn autoplay ke...

-->lagu autoplay aku oke lagi sebab ada gak hiburan masa nak BW, tapi kalau dah banyak blog yang aku BW dalam masa yang sama, lepas tu dah semua blog ada lagu, nah amik kau, huru hara dah bunyi nya. 
-->lagi satu yang blog yang banyak sangat widget entah apa entah, menyebabkan loading page sangat lembab macam gary-->*meoww* . pehh, loading gila.. tension aku, last last terus aku tutup blog si gary tu. *sorry*. =.='



6. Korang mahukan blog korang lebih............................

-->simple dan kemas dan teratur dan smart dan nyaman mata memandang tak penuh semak sangat dengan widget yang entah apa entah.



7. Komuniti blogger.....................

-->macam kawan kawan, kita satu geng! haha.. :D



8. Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain..

-->buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. tips? err, takde.. =..=



9. Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?

-->saling BW, singgah menyinggah, dan komen mengomen antara satu sama lain kat blog. hehe.. :D



10. Pendapat korang tentang blog aku...

-->blog afifah ni oke, smart, teratur, tak buat perangai macam gary bila masuk blog kau, dan best.... FOLLOWED! :D

.
.
.

DONE ! :D



oke, aku mahu tag kamu;




nota kaki : lama juga aku nak jawab 10 soalan cepu cemas beliau ni, hampir satu jam kot ! =..=


25 April 2011

Golf Match !!

Assalamualaikum ..

oke, sekarang ni entri untuk menggamit memori masa aku kat Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.. haha :D .. percaya tak aku masuk golf match? ni bukan auta tapi fakta semata mata.. kisah nya macam ni.. :)

.
.
.

masa aku semester 2; semester akhir kat kolej matrikulasi, aku kena amik subjek koku. waktu pensyarah tengah bagi bagi subjek koku apa yang kitorang kena amik, alangkah bertuahnya kelas aku dapat sukan dan permainan, dah lah sukan dan permainan, dapat kelab golf pula tu. dalam hati aku; *merasa juga aku nak main golf* kalau nak main sendiri kat golf resort, gila mahal, nak beli set golf pun dah beribu beriban. :(



masa tengah buat tee off, gila tinggi bola naik.. :P

.
.
.

pasal golf match yang aku join hari tu, baru berapa bulan main golf kat kolej, ada tournament pula dengan kelas yang lagi satu dapat kelab golf ni juga. ni kira kitorang kena compete la dengan kelas diorang.

.
.
.

Tempat : Kukup Golf Resort
Tarikh : 4hb Mac 2011
Masa : 2pm - 6pm
Peserta : Group Tutorial E1T8 dan M1T1

.
.
.

hahaha.. aku dah gelak ni bila teringat balik masa golf match tu. yang best nya, kitorang kena bawak buggy sendiri. buggy tu sama je fungsi nya macam kereta, tapi takde pintu, takde gear. gila senang nak bawak. haha :D


buggy golf

.
.
.

kitorang main golf hari tu main main je, tak terlalu serius. ceh, kata golf match, tapi main main, apalah.. bukan apa, tanak tension tension sebab nanti bola masuk kolam.. haha.. :P lepas habis je main golf untuk 10 lubang, kitorang apa lagi, buka game baru--->buggy racing... hahaha :D


.
.
.

apa apa pun, pengalaman main golf dengan kawan kawan kolej best sangat. ni lah pengalaman yang takkan aku lupakan.. :) sorry la gambar kurang clear, dah edit pun kurang clear gak .. :( nak buat macam mana, pakai camera fon biasa je, tak bawak fon canggih canggih.. hehe :P tak kesah lah, janji ada gambar kenangan kan kan .. :D








nota kaki : kat universiti nanti kalau ada kelab golf, aku nak join lah.. haha! :D

21 April 2011

eh , matrik dah habis !

Assalamualaikum ..

oke , just a short entry ; penat gila sampai tak sempat nak update blog bila sampai rumah malam semalam (20april 2011) apa apa pun , nak cite sikit je :

.
.
.

yes yes ! akhirnya ! hip hip hooray! tak sangka dah habis matrik . kejap je kot 10mei 2010 sampai 20april 2011 tu . habis je paper electrical and electronics engineering , bermaksud habislah sudah perjuangan kat matrik selama hampir setahun . peh , selamat tinggal kolej matrikulasi teknikal johor . terima kasih juga kepada kawan kawan , roommate , classmate , lecturer *sedih* :(


kmtj batch 2010/2011 :)

.
.
.

nanti aku cerita kat entri yang lain . nak cerita banyak ni pasal golf match , prom night dan sebagainya . banyak gambar nak upload nanti . oke bai ! :D


kolej matrikulasi teknikal johor dalam kenangan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...