31 August 2011

#WordlessWednesday #4

Assalamualaikum.. 




entry #ww kali ni aku nak buat intro sikit lah (dah tak jadi #ww pulak nanti kang) takpe, semua mesti ingat kan, PROMO PADA 19 MEI 2011, HANYA DI PAWAGAM!














nota kaki: tak sangka rumah aku juga dah jadi pawagam pada hari raya pertama 2011. hehehe :P

Selamat Hari Raya 2011 :)

Assalamualaikum..




eh, raya sudah. haha. sekejap je ramadhan pergi meninggalkan kita, sungguh tak terasa begitu pantas nya masa berlalu dan kini tiba sudah bulan syawal (pehh, ayat puitis gila!) haha. oke, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. maaf kalau aku ada tersalah kata, terguris hati siapa-siapa ke. minta maaf ek, kosong-kosong balik oke. dan tak lupa juga, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54 ye Malaysia.. heeeee~ :)




oke, raya pertama. semua ahli keluarga berkumpul, tapi abang aku tak dapat balik raya pertama ni, dia raya rumah mertua dia dulu. raya kedua baru dia balik, oke takpe. em, macam biasa lah aktiviti wajib di hari raya, rasa nya korang pun tahu kan. bermaaf-maafan, berphotoshoot dengan baju raya, dan paling penting.... D-U-I-T-R-A-Y-A. kahkahkah xD





























nota kaki: ahad ni bersamaan 4hb September 2011. kehidupan aku sebagai mahasiswa akan bermula. jeng-jeng-jeng. hehe :P

21 August 2011

tajuk kali ni pasal geram! haha xD

Assalamualaikum..




belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa (dah nak abis puasa baru nak ucap, haishh) .. dan selamat menyambut hari raya aidilfitri tak lama lagi (awal sangat pulak ucap ni) hehehe :D




aku sebenarnya tengah geram sangat-sangat ni! geram sangat dengan diri sendiri sebab dah lama sangat abaikan blog, dah lama tak update blog. ni semua sebab malas lah punya pasal. aku punya malas memang sangat berkuasa dari aku punya rajin.




oke, 15hb ogos hari tu aku dengan rasminya dah berhenti kerja (yeayy!) jadi, tinggal lebih kurang berapa minggu lagi lah sebelum hari raya yang bakal tiba tak lama lagi di samping aku nak buat persiapan untuk memasuki UTeM 4hb september depan. oke, tamat kisah berhenti kerja. ni aku nak geram pasal apa?  pasal isu bidang teknikal.




korang pernah dengar tak nama Universiti Teknikal Malaysia atau UTeM tu? korang tau tak tu universiti awam atau swasta? korang tau tak universiti tu dekat mana? okefine.. aku sebenarnya bersyukur sangat sebab dapat sambung ijazah kat IPTA, aku ulang IPTA wehh.. bila result UPU dah diumumkan dulu, ramai lah makhluk Allah tanya aku:




Anonymous I: Kau dapat U mana azri ?

Azri: alhamdulillah lah, dapat sambung dekat UTeM.. :)

Anonymous II: hah? UTeM? dekat mana tu? IPTA ke IPTS?

Azri: err.. Universiti Teknikal Malaysia Melaka lah.. of course lah dekat Melaka.. mestilah IPTA kalau tak buat apa aku penat-penat cek UPU.. =.='

Anonymous I: ooo.. dapat course apa kau?

Azri: dapat Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri. alhamdulillah lah. korang dapat U mana? course?

Anonymous I: (sambil buat muka selenga yang tak semenggah mana) aku? aku dapat akaun dekat UTM.

Anonymous II: aku dapat farmasi dekat USM.

Azri: tahniah lah korang.. :)




oke, dekat sini bukan aku nak kata aku bangga atau malu atau apa pun dengan keputusan yang aku dapat. dah aku dapat universiti teknikal, aku terima je lah. lagi pun, memang ni jalan yang aku pilih. masa aku form 4, result PMR aku oke gak pe, layak amek Biology, dapat masuk kelas Sains yang nombor satu lagi tu. dulu masa kecik-kecik, cikgu ada tanya, "cita-cita nak jadi apa?" aku jawab " nak jadi doktor, cikgu." ah, tu zaman dulu kala, sekarang ni dah boleh fikir sebenarnya cita-cita aku nak jadi apa, aku memang tanak jadi doktor tapi aku nak jadi Engineer atau dalam BM nya Jurutera.




aku pindah sekolah teknik. ramai orang memandang bidang teknikal ni mudah, kacang. ramai orang yang pandang lagi tinggi dekat budak-budak biology ni. pelik kan? hey! korang belajar dulu lah baru tau senang ke susah bidang teknikal ni. aku 2 bulan je kat teknik, sebelum aku pindah ke SBP Integrasi Jempol. dekat situ pun aku masuk kelas teknikal, fenomena yang sama berlaku gak kat budak kelas teknikal kat sekolah tu. habis SPM, sambung pulak ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.. ada jugak perkataan teknikal kat situ. habis matrik, aku dapat U kat Universiti Teknikal Malaysia. ada lagi perkataan teknikal kat situ. =.='




aku bangga dengan haluan yang aku pilih, orang kata memang ikut flow, memang ikut jalan yang betul (alhamdulillah lah.) bukti? ramai kawan aku yang masa sekolah amek bio, masa matrik amek hayat, tapi last-last diorang dapat bidang engineering jugak macam aku. sama universiti dengan aku lak tu. orang kata dapat course lelong lah, nasib baik dapat course lelong dalam bidang engineering, kalau kau dapat bidang masakan lak tetiba, bidang pelancongan ke? tak ke sengal yang abadi tu.. sekurang-kurang nya aku ada basic dalam engineering dan fizik. dia? dia budak bio beb! kena lah perah otak fizik dia masa sekolah dulu.





dengar je perkataan teknikal, diorang anggap budak teknikal ni jenis yang malas belajar, liar, banyak masalah disiplin, dan sebagainya. ya! memang aku akui diorang patut berbangga dapat UTM, USM.. tu memang research university.. memang patut lah sebab U tu dah lama sangat menapak dekat Malaysia ni. UTeM tu baru 10 tahun, baru lagi UTeM tu weh, tapi dah setanding universiti awam yang lain. kelebihan UTeM pulak? IPTA teknikal pertama kat negara ni dan UTeM ni universiti di Malaysia yang mengamalkan pembelajaran berteraskan aplikasi dan praktikal. tak mengharap pada teori semata-mata. jadi, pelajar bila dah grad nanti, tak kekok bila kat tempat kerja. jangan terkejut kalau satu hari nanti UTeM pun akan jadi research university atau apex university juga (amin..)




ni bukan entry untuk luah perasaan ke apa ke, tapi ni memang kenyataan. dekat sini aku nak tekan kan, budak budak teknikal bukan tak pandai, bukan bodoh oke. Allah dah bagi kita akal fikiran yang sama, terpulang kat individu tu nak gunakan akal tu ke arah yang mana. ingat tu! sebenarnya semua U sama je lebih kurang, terpulang pada diri kita sendiri je nak belajar ke tanak, nak pandai ke tanak, kan kan? :)





ENGINEERING has been chosen as the TOUGHEST course among all the courses including BCOM, Bca, IAS, IPS and MBBS; by the Guinness Book of World Records, on 18th August 2010. It has 58 university exams + 130 series exams + 174 assignments within 4 years (max 750 working days)










nota kaki : azri dah beli speck baru. yeayy! haha :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...