12 January 2012

apa nak jadi dengan aku ni!!

Assalamualaikum..



aku baru je bukak portal UTeM, dah keluar gred peperiksaan. Ya Allah! apa nak jadi dengan aku ni.... serius sedih. apa yang aku  belajar selama ni? apa yang aku jawab masa exam hari tu? sampai aku dapat gred macam tu.... :(



mungkin usaha aku untuk sem ni masih tak cukup. mungkin aku bersengkang mata study sampai 2-3-4pagi masih tak cukup lagi. aku tahu, aku jenis yang lambat pick up bila study, tak macam sesetengah orang tu yang study tak seberapa tapi result gempak.



aku tak salahkan takdir. mungkin dah tercatat di luh mahfuz yang aku mungkin tak berjaya kali ni. takpe, aku akan terus berusaha. Ya Allah, bantulah Azri Fathurrahman bin Ahmad Juahir untuk berjaya di universiti ini ya Allah.. Amin..








nota kaki: takpe, fokus untuk next paper ye Azri! you can do it! aja aja fighting! 

11 January 2012

blog hidup kembali.

Assalamualaikum..


pertama sekali, aku nak bagitahu yang, aku rinduuuuuu gilaaaaaaaaaaa nak berblog semula. dekat 4 bulan tak update blog.. semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rajin pulak blogwalking, baca entry-entry bloggers yang sentiasa rajin update blog diorang. aku ni hanya blogger picisan, kalau update pun, sape lah nak singgah sini. hahaha. -..-'


sebenarnya aku tengah menghadapi final exam untuk sem 1 kat UTeM ni. dan, aku baru je lepas check kat portal UTeM, tujuan nak tengok carrymark lah kan.... bila bukak je, dafuq?? ni carrymark ke crymark? serius aku down.... :'(


em, penat kita berusaha, tapi macam takde hasil sangat. sumpah, sedih doh. tengok carrymark kawan-kawan lain punya lah tinggi-tinggi. tapi aku? lepas ni dah tau dah subjek apa yang bakal aku repeat.. em.. takpe azri, think positive, think positive.. em, yela, sekarang ni boleh lah think positive, tapi dalam hati ni tengah frust menonggeng! takpe lah, ada hikmah di sebalik semua ni.


okay lah, aku nak sambung study, 2 more paper to go azri!!










nota kaki: tolong kawan-kawan, bagi semangat sikit pada azri~ :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...