19 February 2012

Keputusan Peperiksaan Sem 1 dan Jadual Sem 2

Assalamualaikum..



wah, skematik nya tajuk entry ni. hahaha. ni haa, result final exam aku dah keluar dah hari tu. hmm, tak nak cakap panjang, tengok lah ni..



yaaaaa... aku pun tak percaya dapat result macam ni! hahaha!


okay.. tu memang result aku...... tapi setelah di-edit menjadi 4 rata. haha.. hmm.. sebenarnya, result aku sangat teruk, biasa je. dah usaha, dah jawab sehabis baik, tapi, mungkin takde rezeki kali ni.. sem depan buat lagi yang terbaik dari sem 1 ye azri! apa-apa pun, nak ucap terima kasih kat lecturer masa sem 1 yang dah mengajar, dan kat kawan-kawan yang banyak tolong aku dalam study, lebih-lebih lagi study group aku masa final exam lepas, amshar, izwan, shaffiq izwan.. thanks ye ajar aku. ewah. haha :D



lepas tu kan, aku dah dapat jadual waktu kuliah untuk sem 2 ni..






fuhhh! serius weh jadual sem 2 sangat tak best.. setiap hari ada kelas, lepas tu setiap hari kelas paling awal, lepas tu jumaat petang ada kelas. wow. hmm, kena bincang dengan lecturer ni, mana lah tau lecturer boleh ubah jadual ke. :)



okay lah, aku pun nak balik UTeM dah. ada lagi 3 tahun lebih kat sini, 7 sem lagi kot. haha.. 









nota kaki: selepas sebulan baru update blog. hmm... pun boleh.. boleh belaka.. hahaha

12 January 2012

apa nak jadi dengan aku ni!!

Assalamualaikum..



aku baru je bukak portal UTeM, dah keluar gred peperiksaan. Ya Allah! apa nak jadi dengan aku ni.... serius sedih. apa yang aku  belajar selama ni? apa yang aku jawab masa exam hari tu? sampai aku dapat gred macam tu.... :(



mungkin usaha aku untuk sem ni masih tak cukup. mungkin aku bersengkang mata study sampai 2-3-4pagi masih tak cukup lagi. aku tahu, aku jenis yang lambat pick up bila study, tak macam sesetengah orang tu yang study tak seberapa tapi result gempak.



aku tak salahkan takdir. mungkin dah tercatat di luh mahfuz yang aku mungkin tak berjaya kali ni. takpe, aku akan terus berusaha. Ya Allah, bantulah Azri Fathurrahman bin Ahmad Juahir untuk berjaya di universiti ini ya Allah.. Amin..








nota kaki: takpe, fokus untuk next paper ye Azri! you can do it! aja aja fighting! 

11 January 2012

blog hidup kembali.

Assalamualaikum..


pertama sekali, aku nak bagitahu yang, aku rinduuuuuu gilaaaaaaaaaaa nak berblog semula. dekat 4 bulan tak update blog.. semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rajin pulak blogwalking, baca entry-entry bloggers yang sentiasa rajin update blog diorang. aku ni hanya blogger picisan, kalau update pun, sape lah nak singgah sini. hahaha. -..-'


sebenarnya aku tengah menghadapi final exam untuk sem 1 kat UTeM ni. dan, aku baru je lepas check kat portal UTeM, tujuan nak tengok carrymark lah kan.... bila bukak je, dafuq?? ni carrymark ke crymark? serius aku down.... :'(


em, penat kita berusaha, tapi macam takde hasil sangat. sumpah, sedih doh. tengok carrymark kawan-kawan lain punya lah tinggi-tinggi. tapi aku? lepas ni dah tau dah subjek apa yang bakal aku repeat.. em.. takpe azri, think positive, think positive.. em, yela, sekarang ni boleh lah think positive, tapi dalam hati ni tengah frust menonggeng! takpe lah, ada hikmah di sebalik semua ni.


okay lah, aku nak sambung study, 2 more paper to go azri!!










nota kaki: tolong kawan-kawan, bagi semangat sikit pada azri~ :(

02 November 2011

#WordlessWednesday #5

Assalamualaikum...




Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa letak apa-apa penjelasan..source by, wiki.answer.com




















nota kaki : dah sebulan tak update blog..... :((((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...