Assalamualaikum..
eh, raya sudah. haha. sekejap je ramadhan pergi meninggalkan kita, sungguh tak terasa begitu pantas nya masa berlalu dan kini tiba sudah bulan syawal (pehh, ayat puitis gila!) haha. oke, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. maaf kalau aku ada tersalah kata, terguris hati siapa-siapa ke. minta maaf ek, kosong-kosong balik oke. dan tak lupa juga, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54 ye Malaysia.. heeeee~ :)
oke, raya pertama. semua ahli keluarga berkumpul, tapi abang aku tak dapat balik raya pertama ni, dia raya rumah mertua dia dulu. raya kedua baru dia balik, oke takpe. em, macam biasa lah aktiviti wajib di hari raya, rasa nya korang pun tahu kan. bermaaf-maafan, berphotoshoot dengan baju raya, dan paling penting.... D-U-I-T-R-A-Y-A. kahkahkah xD
nota kaki: ahad ni bersamaan 4hb September 2011. kehidupan aku sebagai mahasiswa akan bermula. jeng-jeng-jeng. hehe :P