18 September 2011

mahasiswa UTeM :)

Assalamualaikum..




em, sedar tak sedar, sudah 2 minggu aku berada di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). meh sini, aku nak cerita sikit sepanjang aku bergelar mahasiswa UTeM! hahaha XD









4hb September 2011, memang tarikh keramat lah bagi aku. sebab tu lah tarikh aku daftar kat UTeM ni. dan macam korang gak, yang pernah masuk sekolah berasrama, matrikulasi atau mana-mana U kat Malaysia ni, mesti kena lalui program orientasi kan. program orientasi kat UTeM ni atau dipanggil program Minggu Haluan Siswa (MHS) dari 4hb sampai 9hb September tau. lama tu 6 hari. =.='




selama ni nengok kat FB je gambar bangunan kat UTeM terutamanya Dewan Besar UTeM. bila aku dah betul-betul masuk dalam Dewan Besar tu, serius besar dan sangat indah kot Dewan Besar UTeM tu. betul, tak tipu. masa MHS ni lah yang ada untuk kitorang beramas mesra dengan Dewan Besar ni, sebab lepas ni kitorang hanya akan masuk dewan ni lagi masa grad nanti je, atau bila ada event-event besar dari UTeM je baru masuk dewan ni lagi. hehe :) lagi satu, kalau korang nak tau besar nya UTeM ni, keluar dari pintu depan UTeM, kita akan sampai Ayer Keroh, keluar pintu belakang lak boleh pergi ke Durian Tunggal. memang kampus induk UTeM ni masih ada dalam pembinaan lagi.




satu perkara pasal MHS ni, yang aku tabik pasal tema fasilitator kitorang, Fasilitator Sahabat Siswa. memang unik lah tema tu. aku memang harap lah, nanti takde istilah senior-junior yang melampau sampai ada kes ragging-ragging ni. sepanjang aku tinggal berasmara ni, eh salah, tinggal berasrama ni tak pernah lagi lah lalui benda ragging-ragging ni. tu semua kerja budak yang kurang kasih sayang je kan. ni haa lagu tema MHS kitorang, antara lagu faveret aku lah, lagu cite upin ipin tu.









haaa, best kan lagu ni.. memang sangat kena lah dengan tema MHS kali ni. haha :D oke, habis pasal tu. lepas tu kitorang diajar lak lagu UTeM Terbilang. ni lagi satu yang aku suka. sebab, lagu UTeM serius best! M. Nasir kot yang buat lagu ni. haha. bangga di situ. :P









habis dah MHS, hujung minggu tu memang waktu rehat kitorang lah. apa tak nya, orang kata minggu orientasi ni adalah minggu neraka. tapi bagi aku, takde lah sampai tahap neraka, melampau sangat lah tu kan. biasa lah, minggu orientasi memang kena disiplin gila dan masa memang sangat pack. -.-'




aku dapat Kolej Kediaman Murni. reaksi pertama aku bila dapat kolej ni agak kecewa lah, sebab pintu bilik aku rosak tak boleh kunci, lagi kipas dia ada masalah sikit. tapi dah buat report, harap diorang cepat repair lah. dan paling best sekali kat UTeM, student first year, first sem pun dah boleh bawak kenderaan sendiri. terbaik kot. mungkin sebab kolej kediaman UTeM ni kat luar kampus sebab kolej dalam kampus dalam proses pembinaan lagi, jadi kitorang ni diberi kebebasan sikit lah. kalau takde transport sendiri, boleh je naik bas UTeM, memang disediakan bas, tapi ada jadual lah. UTeM ni adalah salah sebuah U yang paling banyak bas, setakat ni je tak kalau tak silap, UTeM ada 18 buah bas. dan akan sewa lagi 6 buah bas sebab student makin ramai. lepas tu tak lama lagi UTeM akan beli lagi beberapa buah bas. gila banyak bas UTeM ni. haha :D












minggu kedua dah start kuliah. alhamdulillah lah, aku tak kekok untuk bersuara dalam kelas. sebab ada je kawan-kawan aku dari matrik aku dulu, jadi dah ada geng lah. haha. tapi ada gak muka-muka yang aku cam dalam group UTeM Kemasukan Ijazah 2011 kat FB tu. lagi, lecturer aku semua nya muda-muda belaka dan sporting. ni yang best ni. hahaha XD




klik gambar untuk tumbesaran yang memberangsangkan!




ni lah jadual kelas aku. oke lah jadual ni, tak sepadat macam matrik dulu. haha :P apa-apa pun, aku enjoy dengan kehidupan aku sebagai student UTeM. harap aku boleh capai kecemerlangan kat sini, insyaAllah.. dan aku pun harap akan aktif kat sini. tak tau lah kenapa aku rasa berminat untuk join macam-macam program. oke lah, cukup lah kemengarutan aku yang panjang lebar ni. gambar-gambar pun aku takde, adehhhh.. nanti kalau ada masa aku update lagi entry. hehe :)










nota kaki : lama tak update blog, rasa kekok lak nak menaip, ayat pun semua skema gila. hahaha! XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...