baru-baru ni gua baru join satu aktiviti dari Kelab Sukan Air UTeM (KLASKA). tempat nya kat Port Dickson, Negeri Sembilan. serius weh! best gilaaa gua cakap sama lu. memang rugi siapa yang tak sempat join tu. nasib baik gua cepat-cepat hantar nama. jom terus tengok gambar-gambar. :)
ke Port Dickson dari UTeM. oke, memang gua tak pandang kamera. -.-'
bila kitorang sampai je kat hutan lipur pasir panjang tu, gua dengan semua peserta kena buat war game. game ni ala-ala paint ball lah. kitorang kena masuk hutan, lepas tu serang kumpulan lawan. semua ada 4 group untuk war game ni. memang best sangat, terserlah semangat kekumpulanan kitorang. **betul ke bahasa gua ni -.-'
hye, kami syahid dulu dalam war game ni, hehe :)
sebelum mula berkayak. tengah loading barang-barang yang nak dibawak guna bot ke pulau. lepas tu dengar taklimat ringkas sikit pasal kayak. yola, majoriti semua peserta yang join introcamp kayak klaska ni tak pernah berkayak lagi. dan gua lah salah seorang nya yang tak pernah berkayak tu. haha :D
oke senyum puas-puas sebelum muka kena sun burn, hehe
dengar taklimat pasal kayak. cuba cari mana gua. haha
air laut sedang surut. terpaksa redah lumpur dulu. -.-'
gua kat kayak nombor 3 tu. nampak tak nampak tak? haha :P
aktiviti water confident. aiseh, asal gua tak pandang kamera. -.-'
oke, kitorang berkayak dari pantai ke pulau yang jauhnya anggaran 7 km hingga 8 km. jauh tu. kitorang nak kena meredah lautan dengan halangan seperti ombak dan angin. untuk orang yang first time kayak macam gua ni, memang tak sabar-sabar lah nak berkayak. haha :P bila dah berkayak tu, baru gua tau tangan pinggang semua sakit kot. lenguh-lenguh pun sama. tu lah balasan nya bila tak buat stretching sebelum berkayak.
perjalanan ke pulau tu ambil masa lebih kurang 2 jam lah. bila dah sampai ke pulau tu, pehh, memang suka gila sebab berjaya berkayak sejauh tu. lebih-lebih lagi first time berkayak macam gua ni. hehe :) pulau yang kitorang pergi ni nama nya Pulau Perjudi. memang takde sumber apa-apa kat pulau ni, pulau nya pun kecik je. tandas pun takda. memang kitorang kena survive lah kat sini. malam nya, kitorang kena masak sendiri, ape lagi, bbq lah. haha. :) memang enjoy gila gua cakap.
ahh, kacau lah asap ni. -.-'
kelaparan menunggu makanan siap masak :P
Group Mr Crab! kami terbaekkk! :D |
ni group gua, group 2, group Mr. Crab. pehh, member-member group gua semua sporting gila habis. sepanjang masa gua tergelak. memang sangat release tension belajar lah kalau join program macam ni. hehe :P
esok nya pulak, sebelum balik, kitorang kena berlakon sedikit dalam drama sebabak. dengan tema nya wilayah lanun 3.0 .err, memang takde idea nak buat cite pasal apa masa tu, nasib baik idea datang last-last minit. hehe..
air dah surut masa berkayak balik. kena redah lumpur lagi. -.-'
oke lah, sampai sini je lah gua cite pasal aktiviti yang baru gua join kat UTeM ni. sebenarnya gua tak tau nak tulis apa lagi pasal aktiviti kayak gua ke pulau ni. sebab pengalaman yang gua dapat memang sukar diungkap dengan kata-kata. hahaha :D
nota kaki: apasal gua membahasakan diri gua ni? entah, gua pun tak tau. hahaha :D