02 November 2011

#WordlessWednesday #5

Assalamualaikum...




Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa letak apa-apa penjelasan..source by, wiki.answer.com




















nota kaki : dah sebulan tak update blog..... :((((

05 October 2011

Introcamp Kelab Sukan Air UTeM di Port Dickson :)

Assalamualaikum..



baru-baru ni gua baru join satu aktiviti dari Kelab Sukan Air UTeM (KLASKA). tempat nya kat Port Dickson, Negeri Sembilan. serius weh! best gilaaa gua cakap sama lu. memang rugi siapa yang tak sempat join tu. nasib baik gua cepat-cepat hantar nama. jom terus tengok gambar-gambar. :)


ke Port Dickson dari UTeM. oke, memang gua tak pandang kamera. -.-' 



bila kitorang sampai je kat hutan lipur pasir panjang tu, gua dengan semua peserta kena buat war game. game ni ala-ala paint ball lah. kitorang kena masuk hutan, lepas tu serang kumpulan lawan. semua ada 4 group untuk war game ni. memang best sangat, terserlah semangat kekumpulanan kitorang. **betul ke bahasa gua ni -.-'




hye, kami syahid dulu dalam war game ni, hehe :)






sebelum mula berkayak. tengah loading barang-barang yang nak dibawak guna bot ke pulau. lepas tu dengar taklimat ringkas sikit pasal kayak. yola, majoriti semua peserta yang join introcamp kayak klaska ni tak pernah berkayak lagi. dan gua lah salah seorang nya yang tak pernah berkayak tu. haha :D



oke senyum puas-puas sebelum muka kena sun burn, hehe






dengar taklimat pasal kayak. cuba cari mana gua. haha











air laut sedang surut. terpaksa redah lumpur dulu. -.-'



 gua kat kayak nombor 3 tu. nampak tak nampak tak? haha :P






aktiviti water confident. aiseh, asal gua tak pandang kamera. -.-'




oke, kitorang berkayak dari pantai ke pulau yang jauhnya anggaran 7 km hingga 8 km. jauh tu. kitorang nak kena meredah lautan dengan halangan seperti ombak dan angin. untuk orang yang first time kayak macam gua ni, memang tak sabar-sabar lah nak berkayak. haha :P bila dah berkayak tu, baru gua tau tangan pinggang semua sakit kot. lenguh-lenguh pun sama. tu lah balasan nya bila tak buat stretching sebelum berkayak.



perjalanan ke pulau tu ambil masa lebih kurang 2 jam lah. bila dah sampai ke pulau tu, pehh, memang suka gila sebab berjaya berkayak sejauh tu. lebih-lebih lagi first time berkayak macam gua ni. hehe :) pulau yang kitorang pergi ni nama nya Pulau Perjudi. memang takde sumber apa-apa kat pulau ni, pulau nya pun kecik je. tandas pun takda. memang kitorang kena survive lah kat sini. malam nya, kitorang kena masak sendiri, ape lagi, bbq lah. haha. :) memang enjoy gila gua cakap.




ahh, kacau lah asap ni. -.-'






kelaparan menunggu makanan siap masak :P










Group Mr Crab! kami terbaekkk! :D




ni group gua, group 2, group Mr. Crab. pehh, member-member group gua semua sporting gila habis. sepanjang masa gua tergelak. memang sangat release tension belajar lah kalau join program macam ni. hehe :P






esok nya pulak, sebelum balik, kitorang kena berlakon sedikit dalam drama sebabak. dengan tema nya wilayah lanun 3.0 .err, memang takde idea nak buat cite pasal apa masa tu, nasib baik idea datang last-last minit. hehe..



air dah surut masa berkayak balik. kena redah lumpur lagi. -.-'



oke lah, sampai sini je lah gua cite pasal aktiviti yang baru gua join kat UTeM ni. sebenarnya gua tak tau nak tulis apa lagi pasal aktiviti kayak gua ke pulau ni. sebab pengalaman yang gua dapat memang sukar diungkap dengan kata-kata. hahaha :D 










nota kaki: apasal gua membahasakan diri gua ni? entah, gua pun tak tau. hahaha :D

24 September 2011

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS

Assalamualaikum..



segmen? lama dah tak join mana-mana segmen. aku kena tag oleh Ahmad Hisyam untuk join segmen ni, terima kasih daun keladi, lain kali tag lagi, haha :D. oke, kembali ke topik asal, segmen daripada blogger Aimie Diyanna ni, insyaAllah boleh merapatkan ukhwah sesama Blogger dan juga bertujuan untuk kita support each other dengan menambah follower masing masing. :)







sahabat blogger yang aku nak tag :



moh ler join reramai. klik banner atas tu. :)


















nota kaki : aku sedikit busy di UTeM. insyaAllah akan update program-program yang aku join kat UTeM. hehe :P

18 September 2011

mahasiswa UTeM :)

Assalamualaikum..




em, sedar tak sedar, sudah 2 minggu aku berada di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). meh sini, aku nak cerita sikit sepanjang aku bergelar mahasiswa UTeM! hahaha XD









4hb September 2011, memang tarikh keramat lah bagi aku. sebab tu lah tarikh aku daftar kat UTeM ni. dan macam korang gak, yang pernah masuk sekolah berasrama, matrikulasi atau mana-mana U kat Malaysia ni, mesti kena lalui program orientasi kan. program orientasi kat UTeM ni atau dipanggil program Minggu Haluan Siswa (MHS) dari 4hb sampai 9hb September tau. lama tu 6 hari. =.='




selama ni nengok kat FB je gambar bangunan kat UTeM terutamanya Dewan Besar UTeM. bila aku dah betul-betul masuk dalam Dewan Besar tu, serius besar dan sangat indah kot Dewan Besar UTeM tu. betul, tak tipu. masa MHS ni lah yang ada untuk kitorang beramas mesra dengan Dewan Besar ni, sebab lepas ni kitorang hanya akan masuk dewan ni lagi masa grad nanti je, atau bila ada event-event besar dari UTeM je baru masuk dewan ni lagi. hehe :) lagi satu, kalau korang nak tau besar nya UTeM ni, keluar dari pintu depan UTeM, kita akan sampai Ayer Keroh, keluar pintu belakang lak boleh pergi ke Durian Tunggal. memang kampus induk UTeM ni masih ada dalam pembinaan lagi.




satu perkara pasal MHS ni, yang aku tabik pasal tema fasilitator kitorang, Fasilitator Sahabat Siswa. memang unik lah tema tu. aku memang harap lah, nanti takde istilah senior-junior yang melampau sampai ada kes ragging-ragging ni. sepanjang aku tinggal berasmara ni, eh salah, tinggal berasrama ni tak pernah lagi lah lalui benda ragging-ragging ni. tu semua kerja budak yang kurang kasih sayang je kan. ni haa lagu tema MHS kitorang, antara lagu faveret aku lah, lagu cite upin ipin tu.









haaa, best kan lagu ni.. memang sangat kena lah dengan tema MHS kali ni. haha :D oke, habis pasal tu. lepas tu kitorang diajar lak lagu UTeM Terbilang. ni lagi satu yang aku suka. sebab, lagu UTeM serius best! M. Nasir kot yang buat lagu ni. haha. bangga di situ. :P









habis dah MHS, hujung minggu tu memang waktu rehat kitorang lah. apa tak nya, orang kata minggu orientasi ni adalah minggu neraka. tapi bagi aku, takde lah sampai tahap neraka, melampau sangat lah tu kan. biasa lah, minggu orientasi memang kena disiplin gila dan masa memang sangat pack. -.-'




aku dapat Kolej Kediaman Murni. reaksi pertama aku bila dapat kolej ni agak kecewa lah, sebab pintu bilik aku rosak tak boleh kunci, lagi kipas dia ada masalah sikit. tapi dah buat report, harap diorang cepat repair lah. dan paling best sekali kat UTeM, student first year, first sem pun dah boleh bawak kenderaan sendiri. terbaik kot. mungkin sebab kolej kediaman UTeM ni kat luar kampus sebab kolej dalam kampus dalam proses pembinaan lagi, jadi kitorang ni diberi kebebasan sikit lah. kalau takde transport sendiri, boleh je naik bas UTeM, memang disediakan bas, tapi ada jadual lah. UTeM ni adalah salah sebuah U yang paling banyak bas, setakat ni je tak kalau tak silap, UTeM ada 18 buah bas. dan akan sewa lagi 6 buah bas sebab student makin ramai. lepas tu tak lama lagi UTeM akan beli lagi beberapa buah bas. gila banyak bas UTeM ni. haha :D












minggu kedua dah start kuliah. alhamdulillah lah, aku tak kekok untuk bersuara dalam kelas. sebab ada je kawan-kawan aku dari matrik aku dulu, jadi dah ada geng lah. haha. tapi ada gak muka-muka yang aku cam dalam group UTeM Kemasukan Ijazah 2011 kat FB tu. lagi, lecturer aku semua nya muda-muda belaka dan sporting. ni yang best ni. hahaha XD




klik gambar untuk tumbesaran yang memberangsangkan!




ni lah jadual kelas aku. oke lah jadual ni, tak sepadat macam matrik dulu. haha :P apa-apa pun, aku enjoy dengan kehidupan aku sebagai student UTeM. harap aku boleh capai kecemerlangan kat sini, insyaAllah.. dan aku pun harap akan aktif kat sini. tak tau lah kenapa aku rasa berminat untuk join macam-macam program. oke lah, cukup lah kemengarutan aku yang panjang lebar ni. gambar-gambar pun aku takde, adehhhh.. nanti kalau ada masa aku update lagi entry. hehe :)










nota kaki : lama tak update blog, rasa kekok lak nak menaip, ayat pun semua skema gila. hahaha! XD

31 August 2011

#WordlessWednesday #4

Assalamualaikum.. 




entry #ww kali ni aku nak buat intro sikit lah (dah tak jadi #ww pulak nanti kang) takpe, semua mesti ingat kan, PROMO PADA 19 MEI 2011, HANYA DI PAWAGAM!














nota kaki: tak sangka rumah aku juga dah jadi pawagam pada hari raya pertama 2011. hehehe :P

Selamat Hari Raya 2011 :)

Assalamualaikum..




eh, raya sudah. haha. sekejap je ramadhan pergi meninggalkan kita, sungguh tak terasa begitu pantas nya masa berlalu dan kini tiba sudah bulan syawal (pehh, ayat puitis gila!) haha. oke, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. maaf kalau aku ada tersalah kata, terguris hati siapa-siapa ke. minta maaf ek, kosong-kosong balik oke. dan tak lupa juga, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54 ye Malaysia.. heeeee~ :)




oke, raya pertama. semua ahli keluarga berkumpul, tapi abang aku tak dapat balik raya pertama ni, dia raya rumah mertua dia dulu. raya kedua baru dia balik, oke takpe. em, macam biasa lah aktiviti wajib di hari raya, rasa nya korang pun tahu kan. bermaaf-maafan, berphotoshoot dengan baju raya, dan paling penting.... D-U-I-T-R-A-Y-A. kahkahkah xD





























nota kaki: ahad ni bersamaan 4hb September 2011. kehidupan aku sebagai mahasiswa akan bermula. jeng-jeng-jeng. hehe :P

21 August 2011

tajuk kali ni pasal geram! haha xD

Assalamualaikum..




belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa (dah nak abis puasa baru nak ucap, haishh) .. dan selamat menyambut hari raya aidilfitri tak lama lagi (awal sangat pulak ucap ni) hehehe :D




aku sebenarnya tengah geram sangat-sangat ni! geram sangat dengan diri sendiri sebab dah lama sangat abaikan blog, dah lama tak update blog. ni semua sebab malas lah punya pasal. aku punya malas memang sangat berkuasa dari aku punya rajin.




oke, 15hb ogos hari tu aku dengan rasminya dah berhenti kerja (yeayy!) jadi, tinggal lebih kurang berapa minggu lagi lah sebelum hari raya yang bakal tiba tak lama lagi di samping aku nak buat persiapan untuk memasuki UTeM 4hb september depan. oke, tamat kisah berhenti kerja. ni aku nak geram pasal apa?  pasal isu bidang teknikal.




korang pernah dengar tak nama Universiti Teknikal Malaysia atau UTeM tu? korang tau tak tu universiti awam atau swasta? korang tau tak universiti tu dekat mana? okefine.. aku sebenarnya bersyukur sangat sebab dapat sambung ijazah kat IPTA, aku ulang IPTA wehh.. bila result UPU dah diumumkan dulu, ramai lah makhluk Allah tanya aku:




Anonymous I: Kau dapat U mana azri ?

Azri: alhamdulillah lah, dapat sambung dekat UTeM.. :)

Anonymous II: hah? UTeM? dekat mana tu? IPTA ke IPTS?

Azri: err.. Universiti Teknikal Malaysia Melaka lah.. of course lah dekat Melaka.. mestilah IPTA kalau tak buat apa aku penat-penat cek UPU.. =.='

Anonymous I: ooo.. dapat course apa kau?

Azri: dapat Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri. alhamdulillah lah. korang dapat U mana? course?

Anonymous I: (sambil buat muka selenga yang tak semenggah mana) aku? aku dapat akaun dekat UTM.

Anonymous II: aku dapat farmasi dekat USM.

Azri: tahniah lah korang.. :)




oke, dekat sini bukan aku nak kata aku bangga atau malu atau apa pun dengan keputusan yang aku dapat. dah aku dapat universiti teknikal, aku terima je lah. lagi pun, memang ni jalan yang aku pilih. masa aku form 4, result PMR aku oke gak pe, layak amek Biology, dapat masuk kelas Sains yang nombor satu lagi tu. dulu masa kecik-kecik, cikgu ada tanya, "cita-cita nak jadi apa?" aku jawab " nak jadi doktor, cikgu." ah, tu zaman dulu kala, sekarang ni dah boleh fikir sebenarnya cita-cita aku nak jadi apa, aku memang tanak jadi doktor tapi aku nak jadi Engineer atau dalam BM nya Jurutera.




aku pindah sekolah teknik. ramai orang memandang bidang teknikal ni mudah, kacang. ramai orang yang pandang lagi tinggi dekat budak-budak biology ni. pelik kan? hey! korang belajar dulu lah baru tau senang ke susah bidang teknikal ni. aku 2 bulan je kat teknik, sebelum aku pindah ke SBP Integrasi Jempol. dekat situ pun aku masuk kelas teknikal, fenomena yang sama berlaku gak kat budak kelas teknikal kat sekolah tu. habis SPM, sambung pulak ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.. ada jugak perkataan teknikal kat situ. habis matrik, aku dapat U kat Universiti Teknikal Malaysia. ada lagi perkataan teknikal kat situ. =.='




aku bangga dengan haluan yang aku pilih, orang kata memang ikut flow, memang ikut jalan yang betul (alhamdulillah lah.) bukti? ramai kawan aku yang masa sekolah amek bio, masa matrik amek hayat, tapi last-last diorang dapat bidang engineering jugak macam aku. sama universiti dengan aku lak tu. orang kata dapat course lelong lah, nasib baik dapat course lelong dalam bidang engineering, kalau kau dapat bidang masakan lak tetiba, bidang pelancongan ke? tak ke sengal yang abadi tu.. sekurang-kurang nya aku ada basic dalam engineering dan fizik. dia? dia budak bio beb! kena lah perah otak fizik dia masa sekolah dulu.





dengar je perkataan teknikal, diorang anggap budak teknikal ni jenis yang malas belajar, liar, banyak masalah disiplin, dan sebagainya. ya! memang aku akui diorang patut berbangga dapat UTM, USM.. tu memang research university.. memang patut lah sebab U tu dah lama sangat menapak dekat Malaysia ni. UTeM tu baru 10 tahun, baru lagi UTeM tu weh, tapi dah setanding universiti awam yang lain. kelebihan UTeM pulak? IPTA teknikal pertama kat negara ni dan UTeM ni universiti di Malaysia yang mengamalkan pembelajaran berteraskan aplikasi dan praktikal. tak mengharap pada teori semata-mata. jadi, pelajar bila dah grad nanti, tak kekok bila kat tempat kerja. jangan terkejut kalau satu hari nanti UTeM pun akan jadi research university atau apex university juga (amin..)




ni bukan entry untuk luah perasaan ke apa ke, tapi ni memang kenyataan. dekat sini aku nak tekan kan, budak budak teknikal bukan tak pandai, bukan bodoh oke. Allah dah bagi kita akal fikiran yang sama, terpulang kat individu tu nak gunakan akal tu ke arah yang mana. ingat tu! sebenarnya semua U sama je lebih kurang, terpulang pada diri kita sendiri je nak belajar ke tanak, nak pandai ke tanak, kan kan? :)





ENGINEERING has been chosen as the TOUGHEST course among all the courses including BCOM, Bca, IAS, IPS and MBBS; by the Guinness Book of World Records, on 18th August 2010. It has 58 university exams + 130 series exams + 174 assignments within 4 years (max 750 working days)










nota kaki : azri dah beli speck baru. yeayy! haha :D

25 July 2011

balasan meng-edit blog ...

Assalamualaikum ..




perasan tak ada yang berubah kat blog ni? tak perasan? oke fine oke fine .... =.=' takpe, tak kecik hati pun.. T.T lah, kan blog aku ni dah tukar color, tukar background segala.. lagi simple, lagi teratur, lagi kemas *mengikut pandangan aku lah, kalau pandangan kauorang tak tau lah camne*  hehehe .. asal lak aku tukar ni? ala, saja je lah, nak tukar mood.. biar lah ada orang nak kata blog ni makin burok, makin hancus.. ahh, tak kesah lah, blog aku bukan blog diorang pun.. ekekekeke ..




ada satu benda yang tak jadi jadi, tu haa, nampak tak menu home lah, fb lah, twitter la kat atas tu? cuba kauorang klik.. jadi tak? tak jadi kan? naik juling mata aku nengok kod kod html tu.. err .. -.-' nanti lah aku edit balik, cari jalan penyelesaian nya.. tulah azri, gatal sangat nak edit blog, nah..... sekarang amek kau balasan nyaaaaa .. hahahaha .. =.='










nota kaki : nak kutuk, nak puji, nak bagi cadangan sila tinggal comment . xD
AzriFathurrahman™ : akan kembali berblogging bila dah berhenti kerja pertengahan bulan ogos ni . :P

20 July 2011

#WordlessWednesday #3

Assalamualaikum ..








Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa letak apa-apa penjelasan..source by, wiki.answer.com










nota kaki : setuju ke tak setuju? muehehehe .. :P

19 July 2011

saya dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka .. :)

Assalamualaikum ..








Nama panggilan korang?
nama diberi Azri Fathurrahman bin Ahmad Juahir, boleh panggil Azri aje .. :)


Universiti mana korang dapat or tengah belajar or dah habis belajar? (Kalau boleh tulis nama kolej sekali)
aku dapat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), tak tahu lagi lah aku dapat kolej mana, masa daftar nanti baru tahu kot. =.='


Course yang korang dapat?
aku dapat course Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian, in english we call Bachelor of Electrical Engineering (Industrial Power) with Hons. *cehh, nak speaking gak*


.
.
.
.

DONE !




nak join boleh klik SINI .

15 July 2011

DAH DAPAT KEPUTUSAN UPU!!!!!!!!!! :D

Assalamualaikum..




lama nyaaaaaa tak update blog.. rasa rindu sangat sangat nak blogwalking segala.. nak buat macam mana, dah busy kerja.. ni pun aku korban kan waktu tidur aku jap.. sebab result upu dah kua, mesti lah aku nak check dapat universiti mana kan kan kan ..




oke, tanak cite panjang panjang lagi... aku dapat ni....... http://www.emocutez.com




klik gambar untuk tumbesaran yang memberangsangkan .. 




alhamdulillah lah.. aku dapat yang 2nd choice punya masa aku apply upu dulu.. aku bersyukur sangat sebab dapat course yang dan universiti yang aku mintak.. risau gak sebenar nya takut tak dapat universiti atau course yang aku mintak sebab result final exam matrik aku dulu tak seberapa...



UTeM ! nantikan kedatangan aku di sanaaaaaaaa ! muahahaha.... http://www.emocutez.com










nota kaki : tak sabar nak masuk universiti .. muehehehe ..... http://www.emocutez.com

07 July 2011

sadis memang sadis ~ -..-

Assalamualaikum ..




wehhh, rabu, 6hb Julai 2011.. ramai blogger buat post pasal #WW.. tapi aku tak buat pun entri #WW aku kali ni.. penat kot, takde masa nak on laptop ni, memang agak busy kat tempat keje baru ni.. hahaha.. ni dah masuk khamis, pun dah jadi trend untuk blogger buat post pasal spontaneous thursday, haaa, yang tu aku tak pernah join.. hahaha :P




oke, back to topic.. ni nak cite sikit ni.. petang semalam masa aku nak pegi keje, lebih kurang jam 2.50pm lah, tiba tiba lak tayar bahagian depan motor aku meletop pulak.. dah tu, sebelum kejadian tu aku bawak motor agak laju lah, dengan harapan dapat sampai tempat keje cepat sikit sebab aku dah lambat.. aisemennnnn.. agak teruk lah keadaan motor kesayangan aku tu sekarang, calar balar segala.. sadis aku nengok motor aku tu sekarang.. sekarang aku dah hantar bengkel untuk repair kan semua kerosakan kat motor tu.. harap harap motor aku tu jadi hensem semula seperti sedia kala .. ekekekeke :D dan... aku nak tukar color motor aku... yeayyy! hahaha .. :D




gini lah rupa nya motor kesayangan aku tuh ~




lagi satu, dah lah semalam ada showdown 2011 kat 8TV, final pulak tu! sape yang menang aku pun tak tau.. terpaksa lah aku tunggu siaran ulangan nye selasa depan.. tak pun nengok kat youtube aje.. adoiii.. sadis sadis.. T.T




sedih tak dapat nengok yang live punya ~










nota kaki : pandu cermat, jiwa selamat.. :D
AzriFathurrahman™ : Ahmad Haziq Azlan ada buat entri yang agak sengal yang abadi pasal kes aku ni kat SINI... hahaha .. :D

01 July 2011

Happy 19th Birthday ! :D

Assalamualaikum ..








wahhhh! dah masuk 19 tahun sudaaa... tak tua lagi oke, baru nineteen, ada lagi perkataan teen kat belakang tu.. haha!  terima kasih kepada kawan kawan aku yang wish birthday aku, sama ada kat fb, mention kat twitter ke, fon sms ke .. hahaha .. :D










nota kaki : doa kan aku semoga berjaya untuk degree kat universiti ye . muehehe .. ( :
AzriFathurrahman™ : Ahmad Haziq Azlan buat entri untuk birthday aku kat SINI . hahaha . tengkiu lan ! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...