16 May 2011

Selamat Hari Guru .. :)

Assalamualaikum..




lama dah aku tak update apa apa sejak blogger.com ni ada problem hari tu.. oke, sempena sambutan hari guru ke 40 ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di malaysia ni.. juga kepada mereka yang bakal jadi guru yang tengah belajar kat IPG ke, UPSI ke, Maktab Perguruan ke selamat hari guru oke! sebab diorang pun bakal bakal guru juga.. hehe :P










Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


(USMAN AWANG,1979)







sangat mendalam kan sajak kat atas tu.. betapa besar nya jasa seorang guru tu.. sebenar nya, walaupun sepotong ayat pun orang tu ajar kita, orang tu adalah guru kita tahu, dan kita kena menghormati orang tu.. :) 






oke, ni lah tempat aku belajar sebelum ni, banyak betul pengalaman sepanjang belajar kat situ.. tak kira lah, sama ada masa aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah atau masa kat kolej matrikulasi.. :)  






 Tadika Perpaduan Masjid Tanah [1998]



SK Masjid Tanah (Integ) [1999-2004]



SKK SMK Ghafar Baba [2005-2008]




SM Teknik Melaka [2008]



SBP Integrasi Jempol [2008-2009]



Kolej Matrikulasi Teknikal Johor [2010/2011]




masa aku datang kat sekolah aku hari tu nak amik sijil spm, memang best tapi agak sedih tak dapat jumpa cikgu :( dan aku ada buat entri pasal aku balik sekolah nak amik sijil spm tu, kalau belum baca, boleh klik SINI.. oke, terima kasih tak terhingga kepada cikgu dan pensyarah yang telah banyak mengajar aku, aku doa kan diorang sentiasa sihat dan di panjangkan umur .. :) terima kasih cikgu *tacing pula ni* .. :D










nota kaki : tadi aku jalan jalan kat blog Azlan, dia ada buat post pasal hari guru, banyak info pasal hari guru kat situ, nak baca klik SINI .. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...