21 May 2011

yes! selesai sudah isi upu~ :D

Assalamualaikum..




hai.. apa  khabar, sihat? harap korang sihat lah ye.. aku tengah pening kepala ni.. sebab nak pilih jurusan apa dan universiti apa untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda nanti.. haihh, ni kali ke 4 tahu aku masuk ke laman web upu ni.. ye lah, masa lepas spm pun ada 2 fasa kan, ni lepas matrik pun ada 2 fasa gak.. sekarang ni fasa ke 2 untuk upu bagi lepasan matrik.. memang pening kepala lah tengok banyak gila jurusan dan universiti dalam senarai tu..  
http://www.emocutez.com




sebenarnya, skop untuk aku pilih hanya lah dalam bidang electrical engineering je.. sebab masa aku kat matrik, memang aku jurusan electrical and electronics engineering.. tapi boleh je untuk aku mintak jurusan lain kan.. agak payah lah aku nak pilih jurusan apa dengan result aku yang tak seberapa.. korang tahu tak result aku berapa? kalau tak tahu, klik SINI .. oke back to topic, akhir nya selesai sudah aku update upu tu sekali dengan aku update usm..
http://www.emocutez.com




ini lah hasil nya..... http://www.emocutez.com




ni pilihan aku kat usm .. :) 




ceh.. ada hati nak masuk usm konon, apex university tu, ingat senang ke nak masuk situ haa.... result tak seberapa nak masuk usm.. sedangkan aku dah tahu dah  bila pihak usm tengok result aku, sah sah lah permohonan aku kena reject ~  
http://www.emocutez.com




haha.. takpe lah, sekadar mencuba nasib.. mana lah tahu, ada rezeki dapat lah aku masuk usm, amin~ .. hehe
http://www.emocutez.com




ni pilihan aku melalui upu .. :) 




pehh, semua jurusan yang aku minta tu aku memang minat gila, dan semesti nya lah majoriti aku minta jurusan elektrik..  dan ada satu jurusan tersesat, kimia.. eh, sampai ada pilihan ke 9 tu.. ni spesel kes punya.. jurusan baru dibuka.. hahaha ...
http://www.emocutez.com




aku sebenar nya tak tahu lagi nak letak pilihan 1 tu universiti apa, nak uthm atau utem.. sebab aku tengok syarat khas kemasukan semua sama antara uthm atau utem.. tapi kakak aku bekas student uthm, sebab tu aku letak pilihan 1 aku kat uthm..em, takpe lah, ada lagi masa untuk kemaskini, nanti kalau aku ubah fikiran aku letak lah utem tu pilihan 1, sebab utem dekat dengan rumah aku.. hehe :P pendapat korang? universiti mana aku patut letak untuk pilihan 1? aku ada masa sampai 26hb Mei 2011 ni untuk update upu ni., ada masa lagi.. hehe.. aku harap sangat dapat lah mana mana salah satu jurusan atau universiti yang aku dah pilih tu, sebab tu lah yang aku memang betul betul minat, amin~
http://www.emocutez.com










http://www.emocutez.comnota kaki : tak sangka aku bakal jadi mahasiswa untuk ijazah sarjana muda.. weee~ rasa macam aku ni baru je habis sekolah.. haha!

20 May 2011

contest blog paling comel ~

Assalamualaikum..




http://www.emocutez.comtadi aku dalam mood blogwalking, aku jumpa satu contest ni.. contest blog paling comel! waaa ~ aku memang berani  sangat sangat nak join contest ni, asal? tak boleh ke blogger laki nak join contest ni? boleh saja.. lagi pun, aku pun dah lama tak update blog, sambil nak menambah bilangan entri blog ni kan, apa salah nya..








oke, blogger farina yang mempunyai blog serba pink berpolka dot putih tu yang buat contest ni, dan ramai dah yang join .. semesti nya majoriti yang join tu perempuan lah kan.. =.=' sekurang kurang nya aku ni menambah kan bilangan blogger lelaki yang join ni.. haha.. http://www.emocutez.com




aku mahu tag : adibah




kepada blogger yang nak join contest ni, boleh klik SINI atau klik kat banner contest ni kat atas tu..
ingat ye, tarikh expired contest ni 1hb Julai 2011 .. http://www.emocutez.com










nota kaki : 1hb Julai .. birthday aku tuuu, sebab tu aku nak join contest ni.. wakakaka! http://www.emocutez.com

18 May 2011

dapat result dah ~

Assalamualaikum..



akhirnya, debaran selama ni yang ditunggu tunggu dah terjawab apabila result PSPM 2 dah keluar.. alhamdulillah, berkat usaha aku selama hampir setahun kat matrik, diberi keputusan exam yang boleh lah dikatakan pada tahap yang masih lagi selamat.. :)




wahh, sejak pukul 10 pagi lagi aku dah hadap laptop ni, dengan harapan dapat check.. last last pihak KPM postpone pada pukul 12 tengah hari.. pulak dah.... hampir semua lah student matrik agak bengang.. oke fine, dah pukul 12 tengah hari, kitorang nak check, punya lah jem kat portal KPM tu, pastu dah dapat masuk, sistem tak buka lagi pulakk, haihh.. sabar je lah.. lepas tu petang lah aku check dalam pukul 4 petang lah.. dan ini lah hasil nya ...........




aku pun macam tak percaya !! haha ... :D 




amacam? hebat tak? haihh, korang pun tak caya ke? betul lah... tu lah result aku.. penat aku tunggu sejak 10 pagi lagi tahu.. sekarang, tatap lah puas puas result tu.. haha .. :D 




oke oke, tanak buat dosa di hari yang mulia ni.. sebenar nya tu bukan result aku lah.. result aku alhamdulillah lah, lulus.. tak lah segempak 4 lat seperti yang digembar gembur kan tu.. hehe.. tapi aku memang bersyukur sangat sangat, pointer sem 2 aku ada peningkatan lah.. dan sedikit sebanyak telah membantu untuk pointer keseluruhan.. apa apa pun, alhamdulillah, walaupun result biasa saja dan aku tak segempak mana.. :') tahniah kepada kawan kawan aku yang dapat result yang superb.. aku bangga ada kawan macam korang.. :D










nota kaki : masa degree nanti aku nak belajar betul betul.. menyesal aku menyesal tak belajar betul betul masa sem 1 .. ( :

17 May 2011

dup dap dup dap ~

Assalamualaikum..



haa, entri kali ni ringkas je.. aku sebenarnya takde tajuk yang sesuai untuk entri ni.. aku nak cerita pasal result final exam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2 (PSPM 2) aku nak keluar dah! hari ni dah 17hb, result tu keluar esok.. serius lah seram ada cuak ada... perasaan sama lah macam nak amik result SPM dulu.. apa taknya, final exam PSPM 2 ni lah result yang akan menentukan kita punya PNGK nanti.. =.='



sebenar nya, aku ada buat satu event kat facebook.. event nya bertajuk ni, RESULT PSPM 2 PROGRAM MATRIKULASI (PST) SESI 2010/2011.. tujuan aku buat event tu hanya lah nak bagi kitorang ex matric student untuk sesi 2010/2011 ni bersedia dengan apa je result yang bakal kitorang dapat.. lepas tu aku update lagi event tu dengan cara cara untuk check result.. semua sumber tu aku dapat dari website matrik aku, KMTJ..




3k ++ yang attend .. harap harap result pun above 3.00 .. amin ~ ( :




oke, kepada semua pelajar program matrikulasi (pst) sesi 2010/2011, semoga mendapat kejayaan yang super duper cemerlang berkat dari usaha kita selama ni, InshaAllah.. :) sekarang ni kita hanya mampu redha, pasrah, tawakal dan doa je lah.. T.T tunggu je lah result nanti oke! :D









nota kaki : esok dah dapat result, nanti aku cite sikit pasal result aku .. err .. =.='

16 May 2011

Selamat Hari Guru .. :)

Assalamualaikum..




lama dah aku tak update apa apa sejak blogger.com ni ada problem hari tu.. oke, sempena sambutan hari guru ke 40 ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di malaysia ni.. juga kepada mereka yang bakal jadi guru yang tengah belajar kat IPG ke, UPSI ke, Maktab Perguruan ke selamat hari guru oke! sebab diorang pun bakal bakal guru juga.. hehe :P










Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


(USMAN AWANG,1979)







sangat mendalam kan sajak kat atas tu.. betapa besar nya jasa seorang guru tu.. sebenar nya, walaupun sepotong ayat pun orang tu ajar kita, orang tu adalah guru kita tahu, dan kita kena menghormati orang tu.. :) 






oke, ni lah tempat aku belajar sebelum ni, banyak betul pengalaman sepanjang belajar kat situ.. tak kira lah, sama ada masa aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah atau masa kat kolej matrikulasi.. :)  






 Tadika Perpaduan Masjid Tanah [1998]



SK Masjid Tanah (Integ) [1999-2004]



SKK SMK Ghafar Baba [2005-2008]




SM Teknik Melaka [2008]



SBP Integrasi Jempol [2008-2009]



Kolej Matrikulasi Teknikal Johor [2010/2011]




masa aku datang kat sekolah aku hari tu nak amik sijil spm, memang best tapi agak sedih tak dapat jumpa cikgu :( dan aku ada buat entri pasal aku balik sekolah nak amik sijil spm tu, kalau belum baca, boleh klik SINI.. oke, terima kasih tak terhingga kepada cikgu dan pensyarah yang telah banyak mengajar aku, aku doa kan diorang sentiasa sihat dan di panjangkan umur .. :) terima kasih cikgu *tacing pula ni* .. :D










nota kaki : tadi aku jalan jalan kat blog Azlan, dia ada buat post pasal hari guru, banyak info pasal hari guru kat situ, nak baca klik SINI .. :D

14 May 2011

si gigi bongsu .. :(

Assalamualaikum..




tahu tak apa tu gigi bongsu? gigi bongsu ni gigi geraham ketiga yang tumbuh masa remaja atau awal dua puluhan.. tapi ada je orang yang tumbuh gigi bongsu ni lambat, macam mak aku lah, beliau tumbuh gigi bongsu masa umur 40 lebih.. kalau korang tak tahu lagi kat mana letak nya gigi bongsu tu, ni haa aku dah google image dah gambar nya.




ni bukan gigi aku lah, gigi aku lagi cantik dan bersih.. hehe :P 




eh, ape hal pula aku buat entri pasal gigi bongsu ni? nak jadi dentist ke.. =.=' haishh, kejadah nya aku nak jadi dentist, aku bidang engineering lah.. haha :P sebenar nya, aku dalam dilema sakit gigi ni! gigi bongsu aku ni tengah tumbuh lah.. sakit wooo~ dan satu lagi,ni bukan kali pertama tahu aku tumbuh gigi bongsu, tapi kali KEDUA! diulangi, kali KEDUA! kali pertama gigi bongsu aku tumbuh tahun 2009 lah, masa tu hampir 3 bulan juga lah kesakitan yang amat sangat.. last last aku terpaksa jumpa dentist.. aku memang tak suka jumpa dentist, mereka scary lah =.=' hehe.. nasib baik masa tu dentist tu hanya check gigi aku je lepas tu bagi ubat.. selamat selamat.. :)




kalau dulu gigi bongsu aku tumbuh sebelah kiri, kali ni mestilah tumbuh sebelah kanan pula.. pehh, ingat kan sekali je gigi bongsu ni tumbuh, rupanya 2 kali pun boleh.. =.=' ni pun aku rasa macam nak demam je, gusi dah bengkak segala, perut lapar tapi selera makan takde, yelah nak makan pun sakit T.T .. betul lah apa yang orang cakap, biar lah sakit perut ke, tak pun sakit kepala ke.. jangan lah sakit gigi.. azab weh.. :( kalau korang tak tumbuh lagi gigi bongsu ni, korang sabar ye, nanti pasti tumbuh juga lah, baru korang tahu rasa nya macam mana *dengki korang tak kena lagi* hehe.. :P









nota kaki : yang tak syok nya, aku dengar dengar lah, kalau dah tumbuh gigi bongsu ni, maka dah tak boleh tinggi lagi! =.=' aduhai....

11 May 2011

kembali ke sekolah .. :)

Assalamualaikum..

AMARAN : entri kali ni banyak gambar gambar merepek dan ayat yang agak bosan yang boleh menyebabkan anda mengantuk ketika memandu..



setelah 2 tahun aku tinggalkan dunia persekolahan, akhirnya aku kembali ke sekolah.. haha.. aku repeat spm kah? tak lah bukan.. habis matrik masuk form 6 pula kah? bukan gak, sekolah aku mana ada form 6 kot.. =.='






macam ni lah kisahnya.. setelah 3 minggu aku dah bergelar graduan matrikulasi *bongok gila ayat*  aku pun nak lah amik sijil spm aku kat sekolah.. 3 minggu lama nya aku menganggur, tunggu kawan kawan aku kat uitm tu habis final exam diorang lah.. yelah, nak pergi sekolah takkan nak pergi sorang sorang kot, mesti bawak geng... haha.. :D






kitorang dah roger² tarikh nak serang sekolah pada 10hb Mei 2011.. seawal 8.20am aku dah gerak dari rumah.. dengan berbekalkan lesen memandu, kereta, dan tawakal yang ada, aku pun drive lah kereta pergi dengan kawan kawan.. kitorang pergi guna 2 kereta je.. aku dari melaka, satu lagi kereta dari seremban.. kitorang jumpa kat batu kikir, negeri sembilan.. nasib baik aku ingat lagi jalan nak pergi sekolah dengan bantuan kamil yang memang dah hafal selok belok jalan ke sekolah.. aku ingat ingat lupa je.. haha.. :P sekarang aku nak kongsi sikit gambar pasal sekolah aku.. kawan aku lah snap snap tadi.. haha.. :D



ni lah benda pertama yang kitorang nampak bila sampai sekolah tadi..... =.='



dekat pagar sekolah






bangunan sekolah



tiba tiba pula rasa cuak, eh, bukan nya nak amik result spm, tapi nak amik sijil spm je pun.. apalah.. bukan apa, kitorang rasa agak segan kot nak jumpa junior dan cikgu.. haha.. :D memandangkan kitorang sampai masa tu pukul 1 petang, waktu lunch hour.. sah sah lah pejabat tutup kejap.. kitorang lepak jap kat wakaf sekolah.. aku tak bawa camera pun, ni guna fon canggih kawan aku tu, gambar ni pun aku amik kat fb dia, lupa nak bluetooth tadi.. :P



ni gambar kenangan sekolah aku yang kawan aku amik tadi.. haha.. :D



dewan sekolah aku .. :)












lepak sebentar kat wakaf .. :)



sempat lagi kamil belajar, masa ni dia sorang belum final exam lagi.. hehe.. :)



oke, dah lepak lepak, pastu kitorang pun pegi lah pejabat.. amik sijil spm ni.. ni lah sijil spm aku.. :P



cemerlang nyaaaaaaaa ! :D





habis dah.... lepas tu, sempat lah gak kitorang jumpa cikgu, tapi tak ramai lah cikgu yang kitorang jumpa, sebab masa tu tengah exam selaras dan ramai cikgu tengah jaga exam pula.. :(  takpe lah, dapat gak jumpa tadi walaupun dapat jumpa sikit je cikgu dan dapat gak jumpa junior dulu borak borak dengan dengan diorang.. hehe.. :) 



dari kiri : dila, eton, kamil, AKU, daus, qiah, syiekin, fana



masa balik, daus belanja aku dan kamil makan kfc.. tengsss daus! lepas ni belanja lah pizza ke McD pula ke ye .. haha! takpe lah, nanti aku belanja kau balik oke.. haha.. :D amik kau, dah lama tak jumpa, sekali jumpa borak borak, riuh satu kfc tu dengan gelak kitorang.. haha.. :) lepas tu kitorang pun balik ke rumah masing masing.. aku sampai rumah jam 8.45pm.. penat gila, tapi lepas tu terus bukak fb bukak twitter.. hehe.. :P












nota kaki : hari raya nanti nak datang negeri sembilan lagi lah, nak beraya kat rumah cikgu cikgu.. hehe.. :)

08 May 2011

Saya Blogger Muslim ... :D

Assalamualaikum..





aku nak tag :


.
.
.

DONE ! :D


oke, jom kita tunggu ramai blogger muslim kah, atau ramai blogger muslimah kah..
bloggger lain nak join pun boleh sesangat, KLIK SINI .. :D












nota kaki : aku suka tengok banner blogger muslimah sebab ada lirik lagu nasyid kumpulan In-Team di situ.. hehe.. :P

05 May 2011

aku mangsa keadaan lah !

Assalamualaikum..


err, sesuai ke tajuk aku kat atas tu.. =..= oke, entri kali ni memang sangat ringkas nampak sangat bodoh.. pasal apa? pasal......... mtweeter.. tahu apa tu mtweeter? entah aku pun tak tahu, malas aku nak google, korang google lah sendiri, tanak google pun korang yahoo lah. selain daripada tu aku tak tahu.






aku geram sangat ni.. aku pernah dapat mesej dari maxis dulu pasal mtweeter ni, tapi aku ignore je malas nak join segala.. tak pernah pun aku daftar benda alah ni, serius.. tiba tiba je aku dapat mesej tadi mtweeter aku dah renewed, wadderenewed! lepas tu aku cek kredit maxis aku, demmm, beliau dah tolak kredit aku.. =.=' haihh, sengal yang abadi betul lah.. bukan lah nak kata aku terlalu berkira kredit aku kena tolak, tak sampai RM10 pun beliau tolak kan, tapi apa dosa aku diperlakukan  sedimikian rupa.. =.=' dah lah aku pelanggan setia maxis sejak aku form 2 .



sorry, hari ni memang mood aku kurang mesra alam sikit, benda ni pun aku nak post kat sini =.=' haihh, oke lah, cukuplah entri yang sangat tak bermanfaat ni.. kat sini aku nak pesan, buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali, dan ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. *dah makin merepek dah ni*










nota kaki : aku rasa nak join GA lah, banyak blogger dah buat GA, tapi rasanya belum dapat hidayah lagi nak join.. tapi memang aku nak join.. hehe.. :D







04 May 2011

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN .. :)

Assalamualaikum..


rabun? yup, aku memang ada rabun. memang saja je selama ni kalau aku snap gambar, memang tak pakai spek, sebab aku tak berapa suka sangat pakai spek. hehe. rimas gak lah pakai spek, dan muka akan nampak nerd gila tahu, haha! =.=' nanti aku nak try gak pakai contact lens, tapi lens yang biasa je lah, bukan color color punya. :)




lawa baju color pink, dah hampir sama dengan backgroud blog aku.. upsss! blog aku color purple lah bukan pink! :P


contest kali ni memang aku berminat sangat nak join, ye lah, cambest je kan.. jarang ada contest yang buat penghargaan dekat insan insan hebat yang ada rabun ni.. haha! :D oke, ni details pesakit blog ni pasal rabun :



NAMA
Azri Fathurrahman bin Ahmad Juahir *full name tu*


JENIS RABUN
rabun jauh lah.. :P


POWER MATA
kanan-->425 , kiri-->225 *sekarang tak komfem berapa*


PUNCA RABUN
em, memang selalu nya punca rabun ni faktor pemakanan lah, lagi? aku kan selalu menghadap laptop online lah 25jam sehari, 8hari seminggu, mungkin tu lah antara punca aku rabun ni.. lagi? tak tahu lah, aku tak belajar biology, hehe.. :P


TEMPOH MENGALAMI RABUN
rabun sejak form 1, pakai spek sejak form 4 sebab masa form 4 ni dah kronik dah.. =.=' lebih kurang hampir 7 tahun lah rabun ni..


PERASAAN
nak kata terharu atau bangga sebab dapat rabun ni tak juga lah, tapi beruntung lah sebab pernah rasa jadi tak rabun dulu dan sekarang dah jadi orang yang rabun .. haha! :D


PENGALAMAN MANIS JADI SI RABUN
beli spek yang macam macam design, macam macam saiz.. jangan jeless.. hehe.. :D


PENGALAMAN PAHIT
bila bingkai spek patah, tension tahu, waktu kuliah tak nampak jelas sangat slide kat depan, penat nak kecil kecil kan kelopak mata dengan harapan dapat lihat slide, last last salin note dari kawan sebelah juga.. haha! :P


PESAKIT




 
*gambar hitamputih boleh kan, pakai spek juga, hehe.. :P *

.
.
.

DONE !


demikian lah details pesakit blog ni pasal rabun beliau. 
siapa siapa nak join contest ni, sila lah KLIK SINI
atau boleh je klik kat banner contest ni yang lawa, cantik lagi cun tu *bodek bodek* hehe.. :D
haaa, lupa nak bagitahu, tarikh expired contest ni 14hb Mei 2011 .. :)




nota kaki : nanti aku nak beli permata hijrah lah, mana lah tahu kalau kalau rabun ni boleh kurang sikit. harapan tu. hehe.. :D

03 May 2011

Segmen Review Blog by Pandai ke Aq Berceloteh :)

Assalamualaikum..





haha, segmen lagi ye, asyik join segmen je, takde entri baru kah? haihh, ada sebenarnya, cuma belum publish lagi lah. hehe. :P takpe takpe, back to topic now, ni lah persoalan yang cik maira queen ni nak tahu:




Pendapat korang pasal blog Pandai Ke Aq Berceloteh..nk kutuk ke pe ke..ske ati la..

blog anda ni dah cantik dah dah cute dah dah semart dah :D color yang digunakan pun tak sakit mata memandang. overall, memang oke.. ( :  *followed sudah!




Sebab korang nk direview oleh pemilik blog Pandai ke Aq Berceloteh

sebab nya? em, sebab aku ni masih newbie lagi dalam dunia blog ni, baru berapa bulan je. so, aku memang perlu sangat sangat blog aku direview untuk aku buat penambahbaikan kat blog ni. hehe . :)

.
.
.

DONE ! :D


aku mahu tag---> Ahmad Haziq Azlan
hehe, padan muka kau lan, asyik kau je aku tag. haha! :D




siapa siapa nak join segmen ni, sila angkat tangan macam saya~
lepas tu KLIK SINI
tak pun , boleh je klik kan banner kat atas tu, ala yang banner color pink tu, tak tahu yang mana? haishh, banner yang ada tulis segmen review blog tu lah. :P




tarikh expired segmen ni-->30hb Mei 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...